Kerajaan Terengganu dalam keadaan cukup bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir besar menerusi peralihan Monsun Timur Laut nanti.<br /><br />Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata kesiapsiagaan menghadapi bencana alam itu merangkumi aspek bekalan makanan, petugas dan pusat pemindahan sementara, PPS.
